Saturday, November 12, 2011

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?



ARKIB : 12/11/2011

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?




ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.
Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.
"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

sumber :  KLIK SINI
0 org cikgu tanda buku

Monday, October 10, 2011

PESANAN DARI MIMPI RASULULLAH S.A.W







Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."


1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.








2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.








4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.










5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.










6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.








7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.








8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.






9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

sumber : KLIK SINI





1 org cikgu tanda buku

Saturday, August 13, 2011

Bidang perguruan merupakan bidang yang unik


Guru sebagai egen moral di sekolah
Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru seharusnya memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian, kewajipan mereka bukan sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Tugas mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak dan membantu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara holistic. Domain yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk komunikasi, kognitif, afektif dan social. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan dalam kurikulum di sekolah pula adalah pelbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahjawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )
Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas mereka di setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap kehidupan masa depan beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orang –orang tersebut bertahun-tahun bahkan boleh menjadi hayat dikandung badan. Para guru itu berperanan besar dalam mencetak kehidupan setiap orang yang pernah mengecap bangku sekolah.
Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wata’ala berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )
Guru sebagai pemimpin
MS 103 – Metodologi Kepimpinan


Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya sehingga orang yang mengikutnya melakukan sesuatu mengikut arahan dan kehendaknya.
Rasulullah ialah pemimpin umat Islam dalam erti kata umat Islam mengakui Baginda sebagai Nabi, Rasul yang memimpin mereka di mana arahan dan perintah Baginda dipatuhi dan dihormati, golongan yang dipimpin oleh Baginda iaitu orang-orang yang mengakui kenabian dan kerasulan Baginda atau golongan mukmin. Matlamat daripada adanya kepimpinan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ini iaitu kepimpinan Islam ialah keredhaan Allah Subhanahu Wat’ala.
Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).
Dalam teori kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya. Ini bermakna bukan setakat ‘qiadah’ atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan ‘qudwah’ iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu ‘uswah’. Ini jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith yang memerintahkan kita taat dan patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda Rasulullah, tidak mencabul tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwan dan uswah hasanah.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman maksudnya:


Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Wat’ala, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ( Al-Saff, Ayat 2-3 )


Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan perbuatan, perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut. Pemimpin hendaklah yakin dan iltizam dengan arahan perintah-Nya, pertindihan di antara perkataan dengan tindakan hendaklah serasi. Sikap ‘double standard’ adalah dikutuk oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Sikap seperti ini jika diamalkan akan menghancurkan kepercayaan terhadap kepimpinan.


Dalam ayat yang lain Allah Subhanahu Wata’ala berfirman maksudnya:



Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wata’ala tidaklah kamu berakal ( Al-Baqarah, ayat 44 ).


Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat dengan sifat terpuji seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, tawaduk, wara’, berilmu, berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin, jujur, ikhlas pemurah tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk mempertajamkan bakat pimpinannya, mengamalkan prinsip syura, senantiasa berfikir dan berusaha kearah yang lebih baik dan sempurna, tidak kasih kepada dunia, dan menjadikan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai matlamat kepimpinannya. Dalam masa yang sama hendaklah meninggalkan sifat-sifat yang negatif. ( Jejak-jejak: 2003: m.s.103 – 104 )


sumber : KLIK SINI


bersambung ..
6 org cikgu tanda buku

Friday, July 8, 2011

DESIGN T SHIRT KE-2 CIKGU BLOGGER! SILA PILIH!

assalamualaikum. minggu lepas ada seorang rakan cikgu blogger berminat untuk designkan tshirt cikgu blogger yang baru. dan saya memberi peluang kepada nya. pihak kami juga memberi peluang kepada anda untuk pilih mana paling sesuai.  pihak kami cikgu blogger perlukan undian untuk menentukan baju yang mana untuk jadi baju rasmi

Macam mana nak undi?

1) Teliti dan pilih mana satu tshirt cikgu blogger yang korang rasa cantik dan sedap mata memandang
2) Korang tulis perkataan LIKE dekat komen entry ni. Antara korang nak LIKE T-SHIRT 1 atau LIKE T-SHIRT 2
3) Kalau tak setuju atau kritik boleh utarakan kat komen bawah ni. kalau ada yang berbakat nak design, boleh la cakap jugak kat komen tersebut.

So, ini adalah dua design yang disebut-sebut dan diwar warkan di seluruh dunia :

T SHIRT 1 


T SHIRT 2


KLIK gambar untuk BESAR PUNYA!~

LIKE paling banyak akan dijadikan sebagai baju rasmi CIKGU BLOGGER ok!

terima kasih~
15 org cikgu tanda buku

Tuesday, June 21, 2011

T-SHIRT KAMI CIKGU BLOGGER, OK TAK?

assalamualaikum kawan-kawan, nampak nye lama masing-masing menyepi. jadi admin dah usahakan mintak tlg rakan blogger siapkan design T-shirt utk kelab Kami cikgu blogger ni... walaupun lambat, tapi admin rasa ini yang termampu. harap-harap kemuniti kecil ini dapat terima ya.  insyaAllah tak lama lagi akan buka tempahan. so kalau ada yang berminat boleh bagitahu. dan jika tempahan dah dibuka kelak, akan admin beritahu..




ini contoh design T-shirt tersebut

kawan-kawan boleh tolong sebarkan ye. harap tak de yang terlepas dengan informasi ini. nanti ada yang berkecil hati pula. terima kasih. 





17 org cikgu tanda buku

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU


selamat hari guru kepada individu yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam bidang perguruan. jasa anda semua tidak akan terbalas. jadilah guru yang telus dan sejati. semoga rahmat sentiasa memayungi kita dan semoga kita sama-sama dilimpahi rezeki yang berlipat-lipat kali ganda dengan setiap ilmu yang telah kita sampaikan kepada setiap murid di sekolah.

sekali lagi penghargaan ini ditujukan khas kepada bakal-bakal guru, cikgu-cikgu yg baru posting, yang pernah mengajar aku, cikgu-cikgu yang dah lama mengajar dimana-mana, cikgu-cikgu yg amik Master dan PHD.. pensyarah-pensyarah.. individu yg berkerja di KPM dan sesiapa sahaja yg terlibat dengan bidang perguruan... dan yg terakhir sekali selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu pendidikan khas di Malaysia! :)


1 org cikgu tanda buku

Tuesday, May 10, 2011

2 SIKAP YANG PERLU SEORANG GURU TONJOLKAN SUPAYA NAMPAK DIRI LEBIH SEMPURNA



assalamualaikum
~maaf penggunaan kata 'aku' kepada golongan veteran dan lebih berusia~

ini adalah REPOST dari entry blog cikmas , sebagai tatapan dan perkongsian untuk anda



hadir lagi aku menghadap bukunet untuk teruskan penulisan, sungguhpun aku kini terlalu sibuk menelaah pelajaran dimana peperiksaan akhir semester semakin hampir, sempat juga luangkan masa memperbaharui penulisan disini.

aku nak kongsikan 2 perkara yang wajib dilakukan oleh seorang guru supaya kelak, guru tersebut lebih disenangi, disayangi, dikagumi dan dihormati oleh rakan sejawat, pelajar dan masyrakat.


keyakinan



menjadi seorang guru bukanlah perkara yang mudah ala-ala menjilat gula-gula lolipop sambil goyang kaki, muka pula tiada perasaan. malah, menjadi seorang guru harus memiliki keyakinan yang tinggi. kurangkan kebergantungan terhadap orang lain, belaja untuk berdiri diatas kaki sendiri dan teruskan kehidupan dengan semangat. bagaimana yang dikatakan keyakinan?
  • keyakinan dalam menyampaikan setiap ilmu terhadap pelajar
  • keyakinan dalam meyakinkan pelajar bahawa mereka mampu mencipta kecemerlangan dan dapat mencapai cita-cita yang diingini
  • keyakinan dalam berpenampilan, berpakaian sopan, tutur bicara lemah lembut, tindakan yang matang, memiliki empati dan kasih sayang terhadapap pelajar yang tinggi.
  • keyakinan dalam berkomunikasi dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak.
  • keyakinan dalam membuat sebarang keputusan.
  • keyakinan membawa diri dalam persekitaran sekolah.
  • keyakinan menggalas tanggungjawab.

senyuman



kalau senyuman itu boleh meleraikan hati manusia yang sedang dilanda gundah dan dibelenggu amarah, apa salahnya kita memberi senyuman yang ikhlas supaya orang lain disekeliling kita menjadi lebih selesa dan bahagia bersama kita.

Jarir bin Abdillah pernah bercerita:

“Sejak aku masuk Islam, Nabi tidak pernah menghalangiku untuk menemuinya. Dan setiap kali berjumpa denganku, beliau selalu tersenyum padaku.”
(HR. Bukhari)


Nabi senantiasa mengekspresikan mukanya dengan senyum. Nabi juga mengajarkan kita untuk berlemah lembut, sebab lemah lembut merupakan rahmat dari Allah.


Seperti Firman Allah SWT yang berbunyi :



Ertinya :

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(QS. Ali Imran :159)




Rasulullah mengingatkan “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR. Muslim)


Senyuman juga Menyembuhkan Penyakit

Dari segi kesihatan, tersenyum juga sangat positif. Orang tersenyum akan memperoleh banyak manfaat untuk kesihatan tubuh dan kejiwaan. Nabi sendiri membuktikannya, dimana beliau selalu senantiasa sehat. Karena Nabi murah senyum ketika berinteraksi dengan keluarga maupun para sahabat.




nota kaki :  
  • menjadi seorang GURU bukan kerjaya yang mudah. dengan segala cabaran, isu dan kontroversi yang melanda dunia, seorang guru kena kuat dan jangan mudah mengalah. tangkis la segala tohmahan yang ada dengan berhemah dan diplomatik.
3 org cikgu tanda buku

Thursday, May 5, 2011

PENGUMUMAN RINGKAS!

PENGUMUMAN : CONTEST DESIGN T-SHIRT 'KAMI CIKGU BLOGGER'

setakat ini hingga 6 Mei tiada lagi sebarang penyertaan dari mana-mana blogger untuk join design contest ni.. saya tak pasti juga antara saya yang tak mempromosinya ataupun orang yg tak berminat utk join. secara jujur, saya hanya bergerak seorang diri untuk bangunkan blog ini tanpa bantuan sesiapa, walaupun ada admin crew yang lain (tak membantu) maaf la kalau saya cakap terus terang sangat. agak berkecil hati juga bila situasi mcm ni. saya sibuk, orang lain pun sibuk, jadinya sama-sama la tolong menolong agar tak membebankan orang lain. so saya sebagai admin nak batalkan contest ini. insyaAllah nanti design Tshirt tersebut akan sy tempah dar mana-mana blogger yang terbaik, dan jika ada membuka tempahan  tshirt kelak, akan saya maklumkan kepada yang berminat. itu sahaja, terima kasih semua, dan mohon maaf atas salah silap. 
5 org cikgu tanda buku

CONTEST DESIGN T-SHIRT 'KAMI CIKGU BLOGGER'

assalamualaikum dan salam sejahtera. setelah lama menyepi. kali ni admin-admin bercadang untuk buat satu contest design t-shirt kelab KAMI CIKGU BLOGGER. harap-harap dapat sambutan. insyaAllah ada gathering nanti kita boleh pakai sama-sama.



Syarat-syaratnya adalah seperti berikut  :
  • wajib menggunakan perkataan 'CIKGU BLOGGER' atau 'KAMI CIKGU BLOGGER'
  • motto anda boleh pilih apa-apa perkataan sahaja. asalkan membangkit semangat seorang cikgu. contoh : Kami Inspirasi Negara. itu contoh sahaja ok.  
  • motif design Tshirt tersebut sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri seorang CIKGU. buatlah macam mana pun. 
  • design mestilah cantik, kemas, menarik dan kreatif.  
  • apabila dah siap designkan sila email details anda kepada kami (cikgublogger@yahoo.com) dan tinggalkan komen di entry ini. kalau anda rajin untuk buat entry, boleh buat dan bagitahu pihak kami. 
  • tarikh tutup 5 MEI 2011. semua design akan di approve pada 6 Mei di blog ini. selepas itu, saya akan minta rakan-rakan lain untuk undi design yang terbaik. undian majoriti adalah dikira pemenang. 



pesanan : 

  • sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk cik mas (boleh tanya di facebook juga)
  • pemenang yang dipilih adalah seorang sahaja. hadiah berupa 1 helai T-shirt rasmi CIKGU BLOGGER dan wang saguhati yang lumayan. pasti berbaloi dengan usaha keras anda. 
  • sebarkan maklumat tentang contest ini dengan membuat entry atau post di wall FB. supaya rakan-rakan anda yang lain boleh join sama. terima kasih.
10 org cikgu tanda buku

Sunday, April 17, 2011

[ENTRY EKSKLUSIF KE 2] DISEBALIK KISAH GURU DERA MURID : WAJIB BACA




assalamualaikum. sekali lagi saya hadir di sini untuk membuat penulisan. tiada paksaan dari mana-mana pihak. sebenarnya kisahnya begini, baru-baru ini saya ada membuat REPOST dari blog seseorang tentang ENTRY CIKGU DERA MURID. jadi setelah itu saya telah mendapat perkhabaran dari seorang hamba Allah. saya juga tak pasti kenapa dia tak tonjolkan diri nya semasa membuat kenyataan di blog ini. sekurang-kurang saya dapat tanya kisah benar atau anda semua boleh ketahui perbualan kami.  banyak benda yang saya nak tanya dengan beliau sebenarnya. tapi beliau tak tinggalkan apa-apa jejak di blog ini, susah saya nak kenalpastinya. hamba Allah ini katanya kenal benar dengan mangsa dan berada di tempat kejadian semasa kes itu berlaku. 




saya tampilakan penulisan komen hamba Allah ini di bawah : 



  1. ok.. maaf.. sy sendiri orang kampung tuh.. dan.. rumah sy mmg belakang skolah tuh je.
  2. time tuh bajir dah takde dkt perlis nih
  3. sy anat jati perlis dah terlalu lama
  4. disiplin atau tidak.. budak tuh baru darjah 1. tak kenal apa itu erti hukum mencuri.
  5. perlukan sampai nk kena kurung budak tuh smapai 2jam
  6. budak tuh budak susah, org lain yg bela.. cuba kamu pikir.. apa yg dia ada, yg budak lain takda.. and cuba kamu relate... dan fahami situasi budak tuh sama. maybe budak lain de kotak pensel style2 die just guna kotak warna nk buat kotak pensel
  7. de ke dlm sistem skolah kalau budak mencuri .. ( didakwa mencuri) dan masih belum ada bukti kukuh budak tuh mencuri. boleh suke2 hati ikat tgn budak?
  8. media atau tak media.. keputusan mahkamah, keputusan forensik sblm polis tangkap org, diorng 7,8kali dulu diorng wat test tgk kebenaran
  9. hanya berdasarkan DIDAKWA MASIH BELUM ADA BUKTI BUDAK TUH CURI.. nk goncang2 badan budak tuh paksa dia mengaku
  10. walaupun dia DITUDUH MENCURI, bukan tugas warden nk soal jawab budak tuh. mana kaunselor? mana HEM?
  11.  
  12. TEPUK DADA TANYA SELERA : 
  13. apa pun.. tak boleh nk judge kebenaran.. tak boleh statement nk menangkan si guru atau pun si murid. pe pun.. penjaga budak tuh bayar duit SEKOLAH SWASTA untuk sekolahkan budak tuh di situ.. pe pun jd CUSTOMER ALWAYS RIGHT.
  14. saya orang disitu, saya sendiri pergi buat liputan di sekolah itu. jgn hanya berdasarkan cakap2 seorang guru yang backing cikgu tuh, kamu trus salah budak yang hanya 7tahun. BALIGH pun blom lg.
  15.  
  16. tugas pihak skolah, tugas guru untuk mendidik, dan mendidik dgn cara membunuh takkan bawak apa2 perubahan.
  17.  

PENDAPAT BELIAU...wallahualam


**********************************************


pada pendapat saya, sebagai guru, kita memang tak lari dari sikap membuat kesilapan, lebih-lebih lagi hendak membela diri jika perkara tersebut bukan silap kita. kadang-kadang yang silap pun kita cuba untuk tutup aib itu. jelas di sini, bukan saya sahaja, atau bukan kerjaya guru sahaja juga, kerjaya lain juga berusaha untuk mencuba 'helah bela diri' dari mereka di cemuh. 


saya menulis di blog ini hanya pendapat, luahan dan hasil dari pembacaan yang saya rasa rasional untuk dikongsikan, anda sebagai pembaca perlu berusaha untuk ketahui sedalam yang mungkin dan kaji juga sejauh mana kebenarannya, harap anda perlu nilai perkara ini terlebih dahulu. lihat mana kebenarannya dari mata hati. walauapapun, saya sangat berterima kasih kepada hamba Allah yang telah berusaha datang ke blog ini dan memberi komen dan luahan perasaan. saya hargai jasa baik anda cuma cara beliau komen tanpa menunjukkan diri itu buat saya tertanya-tanya. siapapun boleh mengaku dia saksi kejadian melainkan ada bukti atau beliau boleh tinggalkan link disini. pasti ramai berminat utk tahu perkara ini lebih lanjut. 


cuma saya terfikir beberapa perkara, jika murid berumur 7 tahun yang kerap mencuri dan dibiarkan/ tidak diambil tindakan dia terus mencuri dan akhirnya budak itu di mana? dan masa depannya juga bagaimana? cara cikgu itu mengurung, bagi  saya sekurang-kurangnya cikgu itu tidak mengaibkan arwah. misalnya seperti mengikat di pokok tempat orang lain lalu lalang dan sebagainya (itu mengaibkan) tetapi cikgu ini mengurung di dalam bilik. memberi keinsafan, muhasabah diri. cikgu tu juga tak sangka kematian arwah telah menanti ketika itu. anda semua pun tak sangka juga akhirnya kanak-kanak 7 tahun itu meninggal.


apapun yg berlaku, kita berserah pada Allah. sebagai guru, saya begitu terkilan jika ada pihak yang cuma mencemuh atau cuba memperdagangkan title 'cikgu' tanpa menyelidik perkara sebenar. 


lagi satu, kenapa juga laporan atau luahan dari cikgu hanif tidak berada di media. dia tidak diberi peluang untuk bersuara. laporan forensik juga, kenapa tak di tunjuk pada umum? warga pendidik juga berhak tahu perkara ni. sebab kes ini imej seorang guru dah tercalar. 


semua pihak perlu sedar dengan apa yang terjadi. segala yang berlaku adalah ketentuan Allah dan Dia juga yang mengetahui segala-galanya. semoga arwah dan cikgu hanif berada di tempat orang-orang yg beriman dan dilindungi Allah sentiasa. harap pembaca jelas dengan apa yang disampaikan dan insyaAllah selepas ini kurang sedikit kontroversinya. 

Wassalam



1 org cikgu tanda buku

Saturday, April 16, 2011

[ENTRY EKSKLUSIF] DISEBALIK KISAH GURU DERA MURID



assalamualaikum. beberapa hari lepas kita digemparkan lagi dengan isu seorang guru yang kononnya telah mengambil nyawa seorang murid Tahun 1 (7 tahun). aku terpana sejenak sebaik sahaja mendengar berita tentang itu. dalam hati ini memang terdetik, "adakah munasabah setiap bait-bait pengulas berita laporkan tentang kisah ni? sejauhmanakah kebenarannya? aku tidak terus mempercayai berita tersebut 100%. aku perlu banyak membuat pembacaan agar perkara ini dapat aku dengar dari pelbagai pihak. dan anda semua terutama guru-guru tidak perlu lah terlalu percaya dengan media massa, pastikan berita itu ada hujung pangkalnya. dan hari ini aku berjaya mengetahui kisah disebalik GURU DERA MURID. mari kita sama-sama renungkan dan fikir-fikirkan. 



ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.
[Gambar : Cikgu Ambil Nyawa]


Sedikit latar belakang tentang Cikgu Hanif dan Adik Saiful

Warden atau guru tersebut nama penuhnya ialah Hanif B. Mohd Ali. Dari segi perwatakan beliau, beliau adalah seorang sangat baik hati, penyayang, dan juga baik dengan murid-murid serta kanak-kanak. Apa yang digambarkan dengan satu kesilapan beliau telah mengubah persepsi ini. Satu kawasan kampung di sekitar sekolah amat mengenali beliau dengan sikapnya yang baik.
Beliau sudah menjalankan tugas beliau di situ lebih dari 3 tahun, dan kes ini adalah yang pertama berlaku. Mengapa dalam tempoh 3 tahun hanya satu kes ini sahaja yang terjadi? Anda nilaikan sendiri.
Saiful Syazani, mangsa yang meninggal dunia, juga adalah antara seorang yang rapat dengan Hanif. Bukan Saiful sahaja, malah semua pelajar yang lain pun cukup mesra dengan Hanif. Namun itulah, dugaan yang datang, tiada siapa yang menduga.
Almy selitkan sedikit kisah dari kecil mangsa, Saiful Syazani. Beliau telah di ambil oleh keluarga angkatnya sejak berumur 2 tahun. Ayah kandungnya telah mengabaikan Saiful sejak umur 2 tahun lagi selepas kematian ibunya. Dan kini anak yang diabaikan sebegitu, bila terjadi kes ini, pulang dan melakukan pelbagai tindakan sendiri tentang isu kematian Saiful. Sedangkan dahulu, saat Saiful diambil sebagai anak angkat oleh keluarga sekarang adalah melalui satu kisah tragedi yang mungkin mengalirkan air mata siapa yang mendengarnya. Di abaikan begitu sahaja. Tidak perlulah Almy menceritakan apa lagi yang terjadi ketika bapa kandungya itu pulang. (melaporkan kepada polis tentang kematian anaknya)
sumber : KLIK SINI
Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENARNYA... 
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ Adik saiful (arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis.
Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz Hanif telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz Hanif pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz Hanif . Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.
( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sangat berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup. GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutnya kepada yang zalim.
SUMBER : KLIK SINI

cikgu :
  • sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. kita sebagai hambanya tidak perlulah menghukum sesama manusia. apa yang penting kita perlu kaji dan ketahui terlebih dahulu perkhabaran dali kedua-dua belah pihak. dan sekarang anda pun sudah tahu pihak mana yang telah meng'onar'kan berita ini. harap anda dapat berfikiran dengan rasional. 
  • sebagai seorang guru kita mestilah tabah menghadapi sebarang cabara, dugaan dan kontroversi yang menimpa. kuatkan semangat dan cekalkan hati. sama-sama kita doakan kesejahteraan Cikgu Hanif dan Adik Saiful.


17 org cikgu tanda buku

ShoutMix chat widget
 

kami cikgu blogger Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!