Saturday, April 16, 2011

[ENTRY EKSKLUSIF] DISEBALIK KISAH GURU DERA MURID



assalamualaikum. beberapa hari lepas kita digemparkan lagi dengan isu seorang guru yang kononnya telah mengambil nyawa seorang murid Tahun 1 (7 tahun). aku terpana sejenak sebaik sahaja mendengar berita tentang itu. dalam hati ini memang terdetik, "adakah munasabah setiap bait-bait pengulas berita laporkan tentang kisah ni? sejauhmanakah kebenarannya? aku tidak terus mempercayai berita tersebut 100%. aku perlu banyak membuat pembacaan agar perkara ini dapat aku dengar dari pelbagai pihak. dan anda semua terutama guru-guru tidak perlu lah terlalu percaya dengan media massa, pastikan berita itu ada hujung pangkalnya. dan hari ini aku berjaya mengetahui kisah disebalik GURU DERA MURID. mari kita sama-sama renungkan dan fikir-fikirkan. 



ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.
[Gambar : Cikgu Ambil Nyawa]


Sedikit latar belakang tentang Cikgu Hanif dan Adik Saiful

Warden atau guru tersebut nama penuhnya ialah Hanif B. Mohd Ali. Dari segi perwatakan beliau, beliau adalah seorang sangat baik hati, penyayang, dan juga baik dengan murid-murid serta kanak-kanak. Apa yang digambarkan dengan satu kesilapan beliau telah mengubah persepsi ini. Satu kawasan kampung di sekitar sekolah amat mengenali beliau dengan sikapnya yang baik.
Beliau sudah menjalankan tugas beliau di situ lebih dari 3 tahun, dan kes ini adalah yang pertama berlaku. Mengapa dalam tempoh 3 tahun hanya satu kes ini sahaja yang terjadi? Anda nilaikan sendiri.
Saiful Syazani, mangsa yang meninggal dunia, juga adalah antara seorang yang rapat dengan Hanif. Bukan Saiful sahaja, malah semua pelajar yang lain pun cukup mesra dengan Hanif. Namun itulah, dugaan yang datang, tiada siapa yang menduga.
Almy selitkan sedikit kisah dari kecil mangsa, Saiful Syazani. Beliau telah di ambil oleh keluarga angkatnya sejak berumur 2 tahun. Ayah kandungnya telah mengabaikan Saiful sejak umur 2 tahun lagi selepas kematian ibunya. Dan kini anak yang diabaikan sebegitu, bila terjadi kes ini, pulang dan melakukan pelbagai tindakan sendiri tentang isu kematian Saiful. Sedangkan dahulu, saat Saiful diambil sebagai anak angkat oleh keluarga sekarang adalah melalui satu kisah tragedi yang mungkin mengalirkan air mata siapa yang mendengarnya. Di abaikan begitu sahaja. Tidak perlulah Almy menceritakan apa lagi yang terjadi ketika bapa kandungya itu pulang. (melaporkan kepada polis tentang kematian anaknya)
sumber : KLIK SINI
Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENARNYA... 
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ Adik saiful (arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis.
Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz Hanif telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz Hanif pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz Hanif . Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.
( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sangat berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup. GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutnya kepada yang zalim.
SUMBER : KLIK SINI

cikgu :
  • sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. kita sebagai hambanya tidak perlulah menghukum sesama manusia. apa yang penting kita perlu kaji dan ketahui terlebih dahulu perkhabaran dali kedua-dua belah pihak. dan sekarang anda pun sudah tahu pihak mana yang telah meng'onar'kan berita ini. harap anda dapat berfikiran dengan rasional. 
  • sebagai seorang guru kita mestilah tabah menghadapi sebarang cabara, dugaan dan kontroversi yang menimpa. kuatkan semangat dan cekalkan hati. sama-sama kita doakan kesejahteraan Cikgu Hanif dan Adik Saiful.


17 org cikgu tanda buku:

Ce'gu JAERA on April 16, 2011 at 1:24 AM said...

hmmm, macam tu rupanya kisah disebaliknya... alangkah dangkalnya kita terlalu mempercayai media2 skrg ni..

zairy on April 16, 2011 at 1:58 AM said...

semoga roh adk saiful dirahmati Allah...

IMANSHAH on April 16, 2011 at 2:39 AM said...

salam takziah..sedih dengan apa yang berlaku

maCy on April 16, 2011 at 8:08 AM said...

tersangat sedih membaca kisah ini. semoga kisah situasi sebenar akan sampai kepada seluruh rakyat malaysia.

cik mas on April 16, 2011 at 8:36 AM said...

aku memang terpana bila dapat tahu perkara ni... Allah saja yg mengetahui segal-galanya

Kami Cikgu Blogger on April 16, 2011 at 8:42 AM said...

@Gen2Merah

kena berwaspada sekarang ni.. cikgu hanif pun tak diberi peluang bersuara dan membela diri.. :(

Kami Cikgu Blogger on April 16, 2011 at 8:42 AM said...

@Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri

mudah2an.. kita sama2 berdoa :)

Kami Cikgu Blogger on April 16, 2011 at 8:43 AM said...

@IMANSHAH
memang sedih yg amat bila tahu perkara ini.. sama2 lah kita doakan arwah :)

Kami Cikgu Blogger on April 16, 2011 at 8:44 AM said...

@maCy
medium internet seperti blog ni lah yg boleh buka minda kita.. kalau duk dengar media masa jek, tertutup lah minda.. kne banyak baca...

ohcikgu on April 16, 2011 at 9:44 AM said...

bila dapat tahu pasal ni, memang dah agak. Mesti ada cerita yang kita tak tahu. Samada ni betul atau tidak, itu kita tak tahu. Tapi jika inilah ceritanya, memang teruklah cikgu hanif ni kena tuduh..kena maki satu malaysia..

Unknown on April 16, 2011 at 4:35 PM said...

insyaAllah kebenaran akan terungkai.

Shaizul Sapar on April 16, 2011 at 8:07 PM said...

@Kami Cikgu Blogger

yg cilakak nya, media massa d malaysia sentiasa mendahului keadilan. semua org yg membaca, mahu x mahu akan terpengaruh. di sini, media lah yg membuat keputusan ~ siapa betul, siapa salah. aku bukn sokong sapa2, tp semua org berhak utk peluang kedua- dan plg penting semua org mahu tahu kisah benar. aduii..sush sgt ke.

Anonymous said...

arus perdana media kerajaan..yang melawat ni besar kemungkinan pro pembangkang..jadi kesudahan nya semua beri pendapat based kepada kepartian..soal sekarang adik ni dah meninggal.saya nak tanya kepada ibu bapa semua..paling teruk anda memarahi/memukul anak sampai tahap mana?itu ja jawapannya..kenapa harus diikat?kenapa biar sampai 2 jam.cuba bayangkan keadaan arwah ketika itu.walau benar dia tidak dipukul,adik itu mungkin mengalami ketakutan melampau.(dari segi sains..jika menangis tersesak-esak..kadar kemasukan oksigen akan lebih banyak berbanding karbon dioksida yang dikeluarkan..jika ini berlaku.anggota badan akan mengeras dan sympthom lain akan berlaku).kenapa dia diperlakukan begitu?kalau benar sudah 3 tahun cikgu tu jadi wrden..dia sudah tentu tahu camana nak tackle bebudak jika ada kesalahan begini..walau apapun berlaku..sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik tersebut.moga ia tenang di sana melihat pintu syurga yang terbentang luas.Amin.

Uncle Joe on April 17, 2011 at 1:01 AM said...

kesian cikgu ni..moga cerita sebenar disebarkan...

SAYA TAHU said...

ok.. maaf.. sy sendiri orang kampung tuh.. dan.. rumah sy mmg belakang skolah tuh je.
1. time tuh bajir dah takde dkt perlis nih
2. sy anat jati perlis dah terlalu lama
3. disiplin atau tidak.. budak tuh baru darjah 1. tak kenal apa itu erti hukum mencuri.
4. perlukan sampai nk kena kurung budak tuh smapai 2jam
5. budak tuh budak susah, org lain yg bela.. cuba kamu pikir.. apa yg dia ada, yg budak lain takda.. and cuba kamu relate... dan fahami situasi budak tuh sama. maybe budak lain de kotak pensel style2 die just guna kotak warna nk buat kotak pensel
6. de ke dlm sistem skolah kalau budak mencuri .. ( didakwa mencuri) dan masih belum ada bukti kukuh budak tuh mencuri. boleh suke2 hati ikat tgn budak?
7. media atau tak media.. keputusan mahkamah, keputusan forensik sblm polis tangkap org, diorng 7,8kali dulu diorng wat test tgk kebenaran
8. hanya berdasarkan DIDAKWA MASIH BELUM ADA BUKTI BUDAK TUH CURI.. nk goncang2 badan budak tuh paksa dia mengaku
9. walaupun dia DITUDUH MENCURI, bukan tugas warden nk soal jawab budak tuh. mana kaunselor? mana HEM?
10. TEPUK DADA TANYA SELERA
- apa pun.. tak boleh nk judge kebenaran.. tak boleh statement nk menangkan si guru atau pun si murid. pe pun.. penjaga budak tuh bayar duit SEKOLAH SWASTA untuk sekolahkan budak tuh di situ.. pe pun jd CUSTOMER ALWAYS RIGHT.
- saya orang disitu, saya sendiri pergi buat liputan di sekolah itu. jgn hanya berdasarkan cakap2 seorang guru yang backing cikgu tuh, kamu trus salah budak yang hanya 7tahun. BALIGH pun blom lg.
tugas pihak skolah, tugas guru untuk mendidik, dan mendidik dgn cara membunuh takkan bawak apa2 perubahan.
PENDAPAT SAYA. wallahualam

shahjiehan on May 4, 2011 at 4:29 AM said...

TRUKNYAmedia kita

Anonymous said...

kamu boleh terima ke kalau ada posting kes kes guru dera murid?

Post a Comment


ShoutMix chat widget
 

kami cikgu blogger Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!