Tuesday, May 10, 2011

2 SIKAP YANG PERLU SEORANG GURU TONJOLKAN SUPAYA NAMPAK DIRI LEBIH SEMPURNA



assalamualaikum
~maaf penggunaan kata 'aku' kepada golongan veteran dan lebih berusia~

ini adalah REPOST dari entry blog cikmas , sebagai tatapan dan perkongsian untuk anda



hadir lagi aku menghadap bukunet untuk teruskan penulisan, sungguhpun aku kini terlalu sibuk menelaah pelajaran dimana peperiksaan akhir semester semakin hampir, sempat juga luangkan masa memperbaharui penulisan disini.

aku nak kongsikan 2 perkara yang wajib dilakukan oleh seorang guru supaya kelak, guru tersebut lebih disenangi, disayangi, dikagumi dan dihormati oleh rakan sejawat, pelajar dan masyrakat.


keyakinan



menjadi seorang guru bukanlah perkara yang mudah ala-ala menjilat gula-gula lolipop sambil goyang kaki, muka pula tiada perasaan. malah, menjadi seorang guru harus memiliki keyakinan yang tinggi. kurangkan kebergantungan terhadap orang lain, belaja untuk berdiri diatas kaki sendiri dan teruskan kehidupan dengan semangat. bagaimana yang dikatakan keyakinan?
  • keyakinan dalam menyampaikan setiap ilmu terhadap pelajar
  • keyakinan dalam meyakinkan pelajar bahawa mereka mampu mencipta kecemerlangan dan dapat mencapai cita-cita yang diingini
  • keyakinan dalam berpenampilan, berpakaian sopan, tutur bicara lemah lembut, tindakan yang matang, memiliki empati dan kasih sayang terhadapap pelajar yang tinggi.
  • keyakinan dalam berkomunikasi dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak.
  • keyakinan dalam membuat sebarang keputusan.
  • keyakinan membawa diri dalam persekitaran sekolah.
  • keyakinan menggalas tanggungjawab.

senyuman



kalau senyuman itu boleh meleraikan hati manusia yang sedang dilanda gundah dan dibelenggu amarah, apa salahnya kita memberi senyuman yang ikhlas supaya orang lain disekeliling kita menjadi lebih selesa dan bahagia bersama kita.

Jarir bin Abdillah pernah bercerita:

“Sejak aku masuk Islam, Nabi tidak pernah menghalangiku untuk menemuinya. Dan setiap kali berjumpa denganku, beliau selalu tersenyum padaku.”
(HR. Bukhari)


Nabi senantiasa mengekspresikan mukanya dengan senyum. Nabi juga mengajarkan kita untuk berlemah lembut, sebab lemah lembut merupakan rahmat dari Allah.


Seperti Firman Allah SWT yang berbunyi :



Ertinya :

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(QS. Ali Imran :159)




Rasulullah mengingatkan “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR. Muslim)


Senyuman juga Menyembuhkan Penyakit

Dari segi kesihatan, tersenyum juga sangat positif. Orang tersenyum akan memperoleh banyak manfaat untuk kesihatan tubuh dan kejiwaan. Nabi sendiri membuktikannya, dimana beliau selalu senantiasa sehat. Karena Nabi murah senyum ketika berinteraksi dengan keluarga maupun para sahabat.




nota kaki :  
  • menjadi seorang GURU bukan kerjaya yang mudah. dengan segala cabaran, isu dan kontroversi yang melanda dunia, seorang guru kena kuat dan jangan mudah mengalah. tangkis la segala tohmahan yang ada dengan berhemah dan diplomatik.

3 org cikgu tanda buku:

muhamadsufian89 on May 10, 2011 at 10:18 PM said...

setuju dengan dua perkara ni. kalau cikgu sendiri tak yakin macam mana nak yakinkan pelajar mereka kan. senyum pun penting jugak baru la pelajar semangat nak belajar bila tgk cikgu senyum. klau tengok cikgu muka masam je nak beljar pun rasa takda mood.

Kami Cikgu Blogger on May 15, 2011 at 3:33 AM said...

@muhamadsufian89

betul 2 sufian, cikgu ibarat role model.. segala perlakuan diperhatikan anak murid. :)

Anonymous said...

senyum mestilah kena pada tempatnya... pernah tengok ada sorang cikgu yang digelar 'cikgu sengih' oleh murid2 sebab time marah pun senyum. dan akibatnya, budak-budak jadi tak makan saman.

Post a Comment


ShoutMix chat widget
 

kami cikgu blogger Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!