Sunday, March 13, 2011

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Jun 2011

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya kongsikan maklumat berkenaanPermohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Ambilan Jun 2011.
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:
  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
permohonan kplspm 2011
Selain daripada Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut menawarkan 3 lagi program, iaitu:
1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
  • Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
  • Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Bidang yang ditawarkan termasuklah:
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
    • Matematik
    • Pendidikan Khas
    • Bahasa Cina
2. Program Kembar Bahasa Perancis
  • Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1
3.  Program Kembar Bahasa Jerman
  • Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta ;
    • lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 07 Mac 2011.
  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 21 MAC 2011.
MAKLUMAN DAN PERHATIAN
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Untuk permohonan secara online, sila layari:http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/login.cfm. Manakala bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan, sila rujuk (e-Panduan Permohonan):http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/pengenalan.htm
Semakan panggilan temuduga program KPLSPM bagi calon yang memohon secara online juga boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Tarikh semakan temuduga dan surat tawaran adalah seperti berikut, (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian).
  • Semakan Temuduga: 4 april 2011
  • Tarikh Temuduga: 11 – 22 april 2011
  • Semakan Tawaran: 21 mei 2011
  • Tarikh Pendaftaran Kemasukan: 20 jun 2011

11 org cikgu tanda buku:

IMANSHAH on March 13, 2011 at 10:33 PM said...

salam

saya dah follow

abgshah.com

shada wentz on March 14, 2011 at 1:11 AM said...

salam admin.
tolong letakkan link blog sy dekat sblah boleh?
under student ipg kampus tuanku bainun. kih3

www.shadawentz.com

trimas! :)

Awangku Johan on March 14, 2011 at 2:29 AM said...

hurmm sapa nk jadi cgu masuk jer hehe...

dlu masa saya dh dpt result SPM saya pernah frust.. coz saya dah isi last2 x dpt panggilan tuk interview KPLSPM ini.. huhuhu.. last2 amik keputusan tuk masuk Form 6... akhirnya lps kuar result STPM saya masuk UPSI.. bgi opsyen Pendidikan Geografi.. So akhirnya saya dah bergelar guru tp baru jer 3 bulan mgajar ni.. hehe still freshie g..

Anonymous said...

apakah syarat2 utk mntk kursus prguruan..?

anns said...

adakah pmhonan saya utk mgmbil kursus kplspm sudah d hantar

Kami Cikgu Blogger on March 24, 2011 at 4:36 PM said...

@IMANSHAH

terima kasih

Kami Cikgu Blogger on March 24, 2011 at 4:36 PM said...

@shada wentz

done! :)

Kami Cikgu Blogger on March 24, 2011 at 4:37 PM said...

@Awangku Johan

betul2... tak semestinya masuk IPG je leh jadi cikgu. dak IPTA pun ok juga :)

Kami Cikgu Blogger on March 24, 2011 at 4:37 PM said...

@Anonymous

dah dinyatakan...

Anonymous said...

umur sy dah 30 thn ,
boleh tak jadi cikgu..
cam na nak pohon ha kat sape..tolong,,

Kami Cikgu Blogger on March 25, 2011 at 9:51 PM said...

@Anonymous

boleh mintak.. syarat nya kena mohon KPLI atau GSTT... kena tgk update borang tu dekat laman web kementerian ye. syarat mesti ada ijazah dan tak lebih umur 35 tahun.. :)

Post a Comment


ShoutMix chat widget
 

kami cikgu blogger Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!