Sunday, April 17, 2011

[ENTRY EKSKLUSIF KE 2] DISEBALIK KISAH GURU DERA MURID : WAJIB BACA




assalamualaikum. sekali lagi saya hadir di sini untuk membuat penulisan. tiada paksaan dari mana-mana pihak. sebenarnya kisahnya begini, baru-baru ini saya ada membuat REPOST dari blog seseorang tentang ENTRY CIKGU DERA MURID. jadi setelah itu saya telah mendapat perkhabaran dari seorang hamba Allah. saya juga tak pasti kenapa dia tak tonjolkan diri nya semasa membuat kenyataan di blog ini. sekurang-kurang saya dapat tanya kisah benar atau anda semua boleh ketahui perbualan kami.  banyak benda yang saya nak tanya dengan beliau sebenarnya. tapi beliau tak tinggalkan apa-apa jejak di blog ini, susah saya nak kenalpastinya. hamba Allah ini katanya kenal benar dengan mangsa dan berada di tempat kejadian semasa kes itu berlaku. 




saya tampilakan penulisan komen hamba Allah ini di bawah : 



  1. ok.. maaf.. sy sendiri orang kampung tuh.. dan.. rumah sy mmg belakang skolah tuh je.
  2. time tuh bajir dah takde dkt perlis nih
  3. sy anat jati perlis dah terlalu lama
  4. disiplin atau tidak.. budak tuh baru darjah 1. tak kenal apa itu erti hukum mencuri.
  5. perlukan sampai nk kena kurung budak tuh smapai 2jam
  6. budak tuh budak susah, org lain yg bela.. cuba kamu pikir.. apa yg dia ada, yg budak lain takda.. and cuba kamu relate... dan fahami situasi budak tuh sama. maybe budak lain de kotak pensel style2 die just guna kotak warna nk buat kotak pensel
  7. de ke dlm sistem skolah kalau budak mencuri .. ( didakwa mencuri) dan masih belum ada bukti kukuh budak tuh mencuri. boleh suke2 hati ikat tgn budak?
  8. media atau tak media.. keputusan mahkamah, keputusan forensik sblm polis tangkap org, diorng 7,8kali dulu diorng wat test tgk kebenaran
  9. hanya berdasarkan DIDAKWA MASIH BELUM ADA BUKTI BUDAK TUH CURI.. nk goncang2 badan budak tuh paksa dia mengaku
  10. walaupun dia DITUDUH MENCURI, bukan tugas warden nk soal jawab budak tuh. mana kaunselor? mana HEM?
  11.  
  12. TEPUK DADA TANYA SELERA : 
  13. apa pun.. tak boleh nk judge kebenaran.. tak boleh statement nk menangkan si guru atau pun si murid. pe pun.. penjaga budak tuh bayar duit SEKOLAH SWASTA untuk sekolahkan budak tuh di situ.. pe pun jd CUSTOMER ALWAYS RIGHT.
  14. saya orang disitu, saya sendiri pergi buat liputan di sekolah itu. jgn hanya berdasarkan cakap2 seorang guru yang backing cikgu tuh, kamu trus salah budak yang hanya 7tahun. BALIGH pun blom lg.
  15.  
  16. tugas pihak skolah, tugas guru untuk mendidik, dan mendidik dgn cara membunuh takkan bawak apa2 perubahan.
  17.  

PENDAPAT BELIAU...wallahualam


**********************************************


pada pendapat saya, sebagai guru, kita memang tak lari dari sikap membuat kesilapan, lebih-lebih lagi hendak membela diri jika perkara tersebut bukan silap kita. kadang-kadang yang silap pun kita cuba untuk tutup aib itu. jelas di sini, bukan saya sahaja, atau bukan kerjaya guru sahaja juga, kerjaya lain juga berusaha untuk mencuba 'helah bela diri' dari mereka di cemuh. 


saya menulis di blog ini hanya pendapat, luahan dan hasil dari pembacaan yang saya rasa rasional untuk dikongsikan, anda sebagai pembaca perlu berusaha untuk ketahui sedalam yang mungkin dan kaji juga sejauh mana kebenarannya, harap anda perlu nilai perkara ini terlebih dahulu. lihat mana kebenarannya dari mata hati. walauapapun, saya sangat berterima kasih kepada hamba Allah yang telah berusaha datang ke blog ini dan memberi komen dan luahan perasaan. saya hargai jasa baik anda cuma cara beliau komen tanpa menunjukkan diri itu buat saya tertanya-tanya. siapapun boleh mengaku dia saksi kejadian melainkan ada bukti atau beliau boleh tinggalkan link disini. pasti ramai berminat utk tahu perkara ini lebih lanjut. 


cuma saya terfikir beberapa perkara, jika murid berumur 7 tahun yang kerap mencuri dan dibiarkan/ tidak diambil tindakan dia terus mencuri dan akhirnya budak itu di mana? dan masa depannya juga bagaimana? cara cikgu itu mengurung, bagi  saya sekurang-kurangnya cikgu itu tidak mengaibkan arwah. misalnya seperti mengikat di pokok tempat orang lain lalu lalang dan sebagainya (itu mengaibkan) tetapi cikgu ini mengurung di dalam bilik. memberi keinsafan, muhasabah diri. cikgu tu juga tak sangka kematian arwah telah menanti ketika itu. anda semua pun tak sangka juga akhirnya kanak-kanak 7 tahun itu meninggal.


apapun yg berlaku, kita berserah pada Allah. sebagai guru, saya begitu terkilan jika ada pihak yang cuma mencemuh atau cuba memperdagangkan title 'cikgu' tanpa menyelidik perkara sebenar. 


lagi satu, kenapa juga laporan atau luahan dari cikgu hanif tidak berada di media. dia tidak diberi peluang untuk bersuara. laporan forensik juga, kenapa tak di tunjuk pada umum? warga pendidik juga berhak tahu perkara ni. sebab kes ini imej seorang guru dah tercalar. 


semua pihak perlu sedar dengan apa yang terjadi. segala yang berlaku adalah ketentuan Allah dan Dia juga yang mengetahui segala-galanya. semoga arwah dan cikgu hanif berada di tempat orang-orang yg beriman dan dilindungi Allah sentiasa. harap pembaca jelas dengan apa yang disampaikan dan insyaAllah selepas ini kurang sedikit kontroversinya. 

Wassalam



1 org cikgu tanda buku

Saturday, April 16, 2011

[ENTRY EKSKLUSIF] DISEBALIK KISAH GURU DERA MURID



assalamualaikum. beberapa hari lepas kita digemparkan lagi dengan isu seorang guru yang kononnya telah mengambil nyawa seorang murid Tahun 1 (7 tahun). aku terpana sejenak sebaik sahaja mendengar berita tentang itu. dalam hati ini memang terdetik, "adakah munasabah setiap bait-bait pengulas berita laporkan tentang kisah ni? sejauhmanakah kebenarannya? aku tidak terus mempercayai berita tersebut 100%. aku perlu banyak membuat pembacaan agar perkara ini dapat aku dengar dari pelbagai pihak. dan anda semua terutama guru-guru tidak perlu lah terlalu percaya dengan media massa, pastikan berita itu ada hujung pangkalnya. dan hari ini aku berjaya mengetahui kisah disebalik GURU DERA MURID. mari kita sama-sama renungkan dan fikir-fikirkan. 



ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.
[Gambar : Cikgu Ambil Nyawa]


Sedikit latar belakang tentang Cikgu Hanif dan Adik Saiful

Warden atau guru tersebut nama penuhnya ialah Hanif B. Mohd Ali. Dari segi perwatakan beliau, beliau adalah seorang sangat baik hati, penyayang, dan juga baik dengan murid-murid serta kanak-kanak. Apa yang digambarkan dengan satu kesilapan beliau telah mengubah persepsi ini. Satu kawasan kampung di sekitar sekolah amat mengenali beliau dengan sikapnya yang baik.
Beliau sudah menjalankan tugas beliau di situ lebih dari 3 tahun, dan kes ini adalah yang pertama berlaku. Mengapa dalam tempoh 3 tahun hanya satu kes ini sahaja yang terjadi? Anda nilaikan sendiri.
Saiful Syazani, mangsa yang meninggal dunia, juga adalah antara seorang yang rapat dengan Hanif. Bukan Saiful sahaja, malah semua pelajar yang lain pun cukup mesra dengan Hanif. Namun itulah, dugaan yang datang, tiada siapa yang menduga.
Almy selitkan sedikit kisah dari kecil mangsa, Saiful Syazani. Beliau telah di ambil oleh keluarga angkatnya sejak berumur 2 tahun. Ayah kandungnya telah mengabaikan Saiful sejak umur 2 tahun lagi selepas kematian ibunya. Dan kini anak yang diabaikan sebegitu, bila terjadi kes ini, pulang dan melakukan pelbagai tindakan sendiri tentang isu kematian Saiful. Sedangkan dahulu, saat Saiful diambil sebagai anak angkat oleh keluarga sekarang adalah melalui satu kisah tragedi yang mungkin mengalirkan air mata siapa yang mendengarnya. Di abaikan begitu sahaja. Tidak perlulah Almy menceritakan apa lagi yang terjadi ketika bapa kandungya itu pulang. (melaporkan kepada polis tentang kematian anaknya)
sumber : KLIK SINI
Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENARNYA... 
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ Adik saiful (arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis.
Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz Hanif telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz Hanif pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz Hanif . Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.
( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sangat berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup. GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutnya kepada yang zalim.
SUMBER : KLIK SINI

cikgu :
  • sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. kita sebagai hambanya tidak perlulah menghukum sesama manusia. apa yang penting kita perlu kaji dan ketahui terlebih dahulu perkhabaran dali kedua-dua belah pihak. dan sekarang anda pun sudah tahu pihak mana yang telah meng'onar'kan berita ini. harap anda dapat berfikiran dengan rasional. 
  • sebagai seorang guru kita mestilah tabah menghadapi sebarang cabara, dugaan dan kontroversi yang menimpa. kuatkan semangat dan cekalkan hati. sama-sama kita doakan kesejahteraan Cikgu Hanif dan Adik Saiful.


17 org cikgu tanda buku

Saturday, April 9, 2011

BERITA HARIAN 9 APRIL : ARTIKEL 'BEZA CIKGU DULU, SEKARANG'




[BERITA HARIAN : 9 APRIL 2011 : klik gambar untuk tumbesaran terlampau]

hari ini aku rajin untuk mengulas satu isu berkaitan seorang individu yang memperkatakan tentang seorang guru. atau dengan bahasa mesranya 'cikgu'. merujuk kepada penulisan beliau di dalam artikel surat khabar ternama yang disiarkan pada hari ini, saya menjadi terfikir dan terpanggil untuk menegakkan beberapa perkara supaya masyarakat diluar tidak akan memandang 'lekeh' kerjaya seorang cikgu. bak kata munir pemenang adik-adikku : " Biar besar jiwa, jangan besar kepala"

ya, manusia mudah berubah, ini kan pula seorang cikgu. dimana cikgu juga manusia biasa. aku pasti sebagai individu berkerjaya yang lain pasti berubah. ibu bapa berubah, anak-anak berubah malah ahli politik mahupun penulis surat khabar pun mudah berubah sikap dan pendapatnya.

sebagai manusia yang sama-sama melakukan kesilapan, jangan hanya tahu menuding jari telunjuk itu kearah cikgu semata-mata. cikgu, melahirkan modal insan berguna dan berpendidikan bukan satu kerja yang mudah. anda jangan mengatakan perkara yang sia-sia dan tidak berasas, seharusnya sebagai seorang yang profesional, anda berfikir diluar kotak dan menyiasat perkara terlebih dahulu. surat khabar merupakan medium yang sangat besar dan impak dari penulisan anda akan mencalar imej seorang guru. anda perlu sedar perkara itu.

berdasarkan artikel tersebut, aku akan huraikan tentang isi-isi yang patut aku ulas :


1) Anak tidak buat kerja sekolah, memberi pelbagai alasan buku hilang dan sebagainya.

jelas disitu bahawa, kesalahan adalah ditangan anak dan ibu bapa. pertama, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kenapa tidak disemak terlebih dahulu kerja sekolah semasa anak di rumah. pastikan buku sekolah anak anda tu wujud. kalau tiada buku, ibu bapa bertanggungjawab untuk beli. lagi 1, adakah anak mereka buat tugasan yang diberikan cikgu? kalau tidak, tanggungjawab ibu bapa dirumah juga untuk memastikan mereka buat kerja sekolah sehingga siap. apabila kerja siap, murid tak perlu beri alasan dan tiba di sekolah, tak perlu lah cikgu membebel, marah-marah atau pukul. dan artikel ini juga tidak akan disiarkan jika perkara ini dilangsaikan di rumah dengan mudah. selaras dengan kata-kata penulis surat khabar ini "mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah cikgu lah pulak!" dan jawapnnya : guru dirumahnya sendiri, bukan dirumah murid. seharusnya ibu bapa yang langsaikan masalah ini. bukan guru.


2) cikgu meng'ugut' untuk pindahkan anak ke kelas nombor 2, akibat tidak tertahan dengan sikap anaknya. mengapa tidak di selesaikan masalah dengan lebih awal jika anak bermasalah

cikgu di sekolah mempunyai berpuluh-puluh murid dibawah jagaannya. bukan seorang sahaja ank murid yang bermasalah, tapi ramai. kalau nak diselesaikan satu persatu, tak bernyawa lah cikgu lepas tu. dalam situasi yang dijelaskan dalam artikel, saya yakin guru tersebut sudah habis jalan untuk menyelesaikan anak individu tersebut. beliau bukan mengugut. tetapi beliau tertekan dan buntu dengan situasi tersebut. sebab itu beliau bercadang untuk pindahkan anak murid tersebut ke kelas no 2. supaya murid tersebut kuat berusaha dan ibu bapa pula sedar akan keupayaan anaknya, kalau ibu bapa tersebut matang, dia akan redha dengan keputusan guru. sebab guru yang mengetahui tahap anaknya. jangan sekali-kali menuduh yang bukan-bukan, buruk mulut di akhirat kelak. jelas disini, ibu bapa tiada di sekolah, cikgu yang benar-benar bersama murid. dan cikgu juga yang mengetahui masalah murid tersebut.



3) Beza ibu bapa sekarang dan ibu bapa dahulu

cuba anda fikir, berapa ramai ibu bapa yang datang ke sekolah bertanyakan hal pelajaran anaknya? hanya segelintir sahaja bukan? dan berapa ramaikah ibu bapa yang sanggup anaknya di pukul dan di rotan, untuk tujuan didikan? zaman sekarang memang tak wujud. bila dipukul untuk beri peringatan atas kesalahan murid, surat saman yang sampai. bukan ucapan terima kasih pada guru tersebut.

kalau ibu bapa dahulu sayangkan anak, diminta cikgu untuk pukul anaknya. siap berpesan "cikgu, kalau anak saya nakal, tak buat kerja sekolah, cikgu pukul saja, jangan sampai mati sudah lah" itu ibu bapa dulu. tapi ibu bapa sekarang? ibu bapa pula yang pukul cikgu. padahal niat baik cikgu tu mendidik anaknya. bila cikgu cuit anak sikit, cikgu pula dipersalahkan. kalau yang berada tu, siap-siap hantar lawyer segala bagai dan menegakkan anak yang nakal dan degil. masyaAllah dunia sekarang.


4) beza didikan ibu bapa dahulu, ibu bapa sekarang

ibu bapa dahulu didik anak dengan agama dan akhlak. di pukul dirotan anak jika tidak mengaji, sembahyang dan tidak menutup aurat. tapi sekarang, ibu bapa didik anak dengan harta dan anak dimanjakan. apabila anak mengandung anak luar nikah, salahkan sekolah tidak mengajar agama kepada anaknya. malah ada juga ibu bapa yang marah anak jika anak mengikut ajaran islam. mana tidak anak tersebut nakal dan degil di sekolah, ilmu di pelajari tidak pernah berkat, malah jiwa terpalit dek bintik-bintik hitam. macam mana guru nak bentuk modal insan. besar betul tanggungjawab seorang guru. fikirlah.

penulis BH ini juga mengungkit isu guru cabul murid, dera murid, rotan murid raba dan sebagainya. tetapi penulis tidak terfikirkah bahawa ada juga kes guru dibelasah samseng yang dihantar ibu bapa murid, guru mati ditikam dan sebagainya. penulis BH juga tidak sedar bahawa pengorbanan seorang guru adalah besar. yang mendidiknya menjadi orang beguna hingga kehari ini adalah seorang guru.


***********

cukup sudah ulasan yang dihuraikan. aku menyusun sepuluh jari diatas segala kata-kata yang tidak sedap didengar. penggunaan kata 'aku' ini, bukan tujuan menunjukkan sikap kurang ajar. tetapi adalah memeberi kepuasan kepada aku untuk menulis di blog ini. sama-samalah kita renung-renugkan dengan setiap perkara yang terjadi.

kebiasaannya insan yang kerap menuding jari ke arah cikgu, dia tidak berada di tempat cikgu. cuba sekali anda muhasabah diri. duduk di posisi seorang cikgu, di sekolah, mengajar dan anda akan faham situasi dan jiwa seorang guru. berhentilah dari memperkatakan yang tidak baik. sepatutnya berikanlah pendapat dan jalan secara berhemah supaya guru dapat membuat yang terbaik kepada anak-anak. tidak perlulah untuk di tengking, diperkatakan dengan kata-kata yang sesat atau sebagainya.


dari jari si penulis biasa : cikmas


3 org cikgu tanda buku

Sunday, April 3, 2011

SEMAKAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KPM ONLINE JUN 2011






Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011. Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011. Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011.

OPSYEN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN KE NEGERI-NEGERI BAGi PERTUKARAN JUN 2011 SEKOLAH MENENGAH HARIAN (SMK)






CARA DAN TEMPOH PERMOHOHAN

Permohonan dibuka dari 1 hingga 22 April 2011 dan boleh dibuat pada url laman pautan aplikasi dibawah

http://epgo.moe.gov.my

(Sila gunakan Internet Explorer apabila melayar aplikasi pada pautan diatas)





Read more: http://www.enciknakal.com/2011/04/semakan-permohonan-pertukaran-guru-kpm.html
0 org cikgu tanda buku

ShoutMix chat widget
 

kami cikgu blogger Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!