Monday, March 28, 2011

blog 'KAMI CIKGU BLOGGER' dengan nafas yang baru!



ya, memang sangat bersemangat bila bukak blog ni dan nampak suasana seperti di dalam kelas, suasana semasa menjadi murid waktu kecil-kecil dan suasana kita ketika mendidik. ya, sungguh terbaik hasil tangan alief. anda semua kalau berkenan nak make over blog, boleh minta jasa baik alief ok. tak mahal juga. 

apapun saya sebagai admin cuba sebaik mungkin untuk memeriahkan blog ni. harap kawan-kawan jika ada sebarang isu atau artikal pendidikan, tag la admin kat shoutbox. kami akan update selagi mampu untuk share kepada rakan-rakan yang lain. memang diakui masing-masing sibuk dengan pelbagai perkara. kami akan berusaha keras untuk memberikan penulisan yang terbaik buat tatapan anda. 

terima kasih anda yang menyokong komuniti kami. 

sekali lagi diingatkan, jangan ketinggalan untuk sertai CONTEST DESIGN T-SHIRT  'KAMI CIKGU BLOGGER'.... tarikh tutup adalah 5 Mei 2011.. anda mampu memiliki kemenangan yang anda impikan. semoga berjaya. 

dari  tangan si penulis biasa  : cikmas (admin)


1 org cikgu tanda buku

Sunday, March 13, 2011

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Jun 2011

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya kongsikan maklumat berkenaanPermohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Ambilan Jun 2011.
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:
  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
permohonan kplspm 2011
Selain daripada Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut menawarkan 3 lagi program, iaitu:
1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
  • Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
  • Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Bidang yang ditawarkan termasuklah:
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
    • Matematik
    • Pendidikan Khas
    • Bahasa Cina
2. Program Kembar Bahasa Perancis
  • Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1
3.  Program Kembar Bahasa Jerman
  • Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta ;
    • lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 07 Mac 2011.
  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 21 MAC 2011.
MAKLUMAN DAN PERHATIAN
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Untuk permohonan secara online, sila layari:http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/login.cfm. Manakala bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan, sila rujuk (e-Panduan Permohonan):http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/pengenalan.htm
Semakan panggilan temuduga program KPLSPM bagi calon yang memohon secara online juga boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Tarikh semakan temuduga dan surat tawaran adalah seperti berikut, (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian).
  • Semakan Temuduga: 4 april 2011
  • Tarikh Temuduga: 11 – 22 april 2011
  • Semakan Tawaran: 21 mei 2011
  • Tarikh Pendaftaran Kemasukan: 20 jun 2011
11 org cikgu tanda buku

Thursday, March 3, 2011

pemberhentian 13,000 guru sandaran di tarik balik



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan. 

"Saya minta ketua pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar kontrak mereka ini disambung semula.

Muhyiddin berkata beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lepas bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terlibat.

Menurutnya keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru yang terlatih.

"Jika mereka hendak diserapkan kepada guru terlatih dan tidak cukup kelayakan, pendekatan yang sesuai diambil adalah memberi mereka peluang mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti," katanya.

Menurut beliau, pendekatan ini membolehkan GSTT meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang mata pelajaran pilihan bukan am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.

Muhyiddin mengingatkan GSTT supaya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.

"Pengambilan GSTT yang baru jangan diisi dahulu tetapi disemak dahulu dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran," katanya.



SUMBER : BERNAMA
1 org cikgu tanda buku

ShoutMix chat widget
 

kami cikgu blogger Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!