Sunday, January 16, 2011

Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih dan Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru

"Dipetik drpd RMK 10, Bab 5 : Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, halaman 212"





Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.


Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.

pesanan penaja : nampaknya lepas ni kerajaan akan lebih tegas dalam keluaran bakal guru..silap haribulan lebihan guru berlaku..

10 org cikgu tanda buku:

Diya Edhayaa on January 16, 2011 at 6:11 AM said...

apelah nasib dak ipg yg beribu riban kt mlysia ni nt..
5taun stgh blja, tp x knfem keje..

Sufia Mahzan on January 16, 2011 at 6:19 AM said...

Sowy ye adik-adik yg masih belajar, ni cume pendapat akak sbg cikgu yg sudah bekerja.

Saya plg benci orang kata 'keje cikgu senang, terus dpt tempat'.. seperti saya benci org kata 'minta kpli sbb takde keje'.

maybe dgn sistem ini, profesion kita akan lebih dipandang tinggi kerana kredibiliti kita.

Adik-adik, belajar betul2 ok!

Kami Cikgu Blogger on January 16, 2011 at 6:37 AM said...

@Diya Edhayaa

tau tak apa...redha je lah...belajar baik2..itu sahaja caranya :)

Kami Cikgu Blogger on January 16, 2011 at 6:39 AM said...

@Misz Sephia

setuju dengan cadangan saudari... mmg kerjaya guru bukan pilihan terakhir...tetapi IPG berbeza dengan IPTA dan IPTS..sebab IPG lebih banyak amali berbanding teori..bukti nya bila pengalaman berasaskan sekolah dan praktikm selama 6 bulan... tetapi kerajaan tak sepatutnya mcm 2 ..kena timbal balik perkara ni.. :)

Burungman on January 16, 2011 at 6:43 AM said...

@kami cikgu blogger

setuju.. kerajaan perlu kaji balik pro dan kontra nya

Unknown on January 16, 2011 at 7:52 AM said...

ha?
btol ker ni?
ader gak dgr ura2 cm tu..
akak dpt tau dr mner?

Kami Cikgu Blogger on January 16, 2011 at 9:11 PM said...

@Nordin

nordin : betul...banyak masalah di kemudian hari jika perkara ni di pandang enteng :)

Kami Cikgu Blogger on January 16, 2011 at 9:12 PM said...

@Cikgu Fikri

tahu dari FB..ada seorang Guru Pelatih post perkara ni..sumber sila rujuk ayat pertama di post entry yg dibold kan :)

Syafiq on January 17, 2011 at 2:41 AM said...

mintak share yer ::

Sufia Mahzan on January 17, 2011 at 5:40 AM said...

@kami cikgu blogger

Kita fikir pro dan cons.. x semestinya bile blaja di IPTA/IPTS, hanya blaja teori sahaja. Dan tak semestinya di IPG lbh byk amali.

Sorry to say again, semasa akak di IPG..adik-adik di sana xdelah berusaha kuat. Maybe sebab mentaliti mcm ni lah ..gerenti dpt kerja.

Tiada soal kerajaan TAK PATUT buat macam ni sebab kita lawan mcm mane pun, kita ni timun

The best solutions, belajar betul-betul.

Post a Comment


ShoutMix chat widget
 

kami cikgu blogger Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!