Saturday, August 13, 2011

Bidang perguruan merupakan bidang yang unik


Guru sebagai egen moral di sekolah
Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru seharusnya memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian, kewajipan mereka bukan sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Tugas mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak dan membantu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara holistic. Domain yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk komunikasi, kognitif, afektif dan social. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan dalam kurikulum di sekolah pula adalah pelbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahjawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )
Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas mereka di setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap kehidupan masa depan beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orang –orang tersebut bertahun-tahun bahkan boleh menjadi hayat dikandung badan. Para guru itu berperanan besar dalam mencetak kehidupan setiap orang yang pernah mengecap bangku sekolah.
Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wata’ala berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )
Guru sebagai pemimpin
MS 103 – Metodologi Kepimpinan


Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya sehingga orang yang mengikutnya melakukan sesuatu mengikut arahan dan kehendaknya.
Rasulullah ialah pemimpin umat Islam dalam erti kata umat Islam mengakui Baginda sebagai Nabi, Rasul yang memimpin mereka di mana arahan dan perintah Baginda dipatuhi dan dihormati, golongan yang dipimpin oleh Baginda iaitu orang-orang yang mengakui kenabian dan kerasulan Baginda atau golongan mukmin. Matlamat daripada adanya kepimpinan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ini iaitu kepimpinan Islam ialah keredhaan Allah Subhanahu Wat’ala.
Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).
Dalam teori kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya. Ini bermakna bukan setakat ‘qiadah’ atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan ‘qudwah’ iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu ‘uswah’. Ini jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith yang memerintahkan kita taat dan patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda Rasulullah, tidak mencabul tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwan dan uswah hasanah.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman maksudnya:


Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Wat’ala, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ( Al-Saff, Ayat 2-3 )


Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan perbuatan, perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut. Pemimpin hendaklah yakin dan iltizam dengan arahan perintah-Nya, pertindihan di antara perkataan dengan tindakan hendaklah serasi. Sikap ‘double standard’ adalah dikutuk oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Sikap seperti ini jika diamalkan akan menghancurkan kepercayaan terhadap kepimpinan.


Dalam ayat yang lain Allah Subhanahu Wata’ala berfirman maksudnya:



Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wata’ala tidaklah kamu berakal ( Al-Baqarah, ayat 44 ).


Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat dengan sifat terpuji seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, tawaduk, wara’, berilmu, berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin, jujur, ikhlas pemurah tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk mempertajamkan bakat pimpinannya, mengamalkan prinsip syura, senantiasa berfikir dan berusaha kearah yang lebih baik dan sempurna, tidak kasih kepada dunia, dan menjadikan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai matlamat kepimpinannya. Dalam masa yang sama hendaklah meninggalkan sifat-sifat yang negatif. ( Jejak-jejak: 2003: m.s.103 – 104 )


sumber : KLIK SINI


bersambung ..
6 org cikgu tanda buku

ShoutMix chat widget
 

kami cikgu blogger Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!